Resipi

Kek Keju Lapis Coklat

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 60 minit
Bahan-bahan

Bahan A (Kek)

  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak
  • ¾ cawan serbuk koko
  • ½ cawan susu pekat manis

Bahan B

  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan C

  • 1 ¼ cawan tepung superfine (diayak)
  • 1 sudu teh soda bikarbonat (diayak)
  • 1 sudu teh baking powder (diayak)
  • 1 sudu teh pes coklat

Bahan D (Krim Keju)

  • 250 g krim keju
  • ½ cawan gula kastor
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan jus lemon
  • 2 sudu makan tepung jagung

Cara Memasak

  1. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang 8 x 8 inci. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
  2. Didihkan air kukusan dengan api sederhana.
  3. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk. Masak di atas api kecil sehingga semua larut. Padamkan api dan tapiskan ke dalam mangkuk besar.
  4. Di dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen vanila sehingga kembang.
  5. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit ke dalam larutan coklat. Gaul sehingga sebati.
  6. Masukkan pes coklat. Kacau lagi sehingga semuanya sebati.
  7. Masukkan telur dan kacau lagi sehingga sebati. Bahagikan kepada dua bahagian. Ketepikan.
  8. Pukul krim keju dan gula kastor sehingga gebu.
  9. Masukkan telur, jus lemon, dan tepung jagung. Pukul lagi sehingga sebati.
  10. Masukkan separuh adunan kek coklat ke dalam loyang. Kukus selama 15-20 minit api kecil.
  11. Masukkan pula semua adunan keju dan kukus selama 15-20 minit lagi.
  12. Masukkan baki adunan kek coklat dan kukus selama 20 minit lagi ataupun sehingga masak.
  13. Sejukkan dan potong. Hidangkan.