Resipi ( 401 )

Kek Keju Coklat

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 60 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 200 gram biskut digestive (dihancurkan)
  • 100 g mentega
  • 2 sudu makan madu

Bahan B

  • 3 biji putih telur
  • ½ sudu teh krim tartar

Bahan C (Krim Keju)

  • 250 g krim keju
  • 60 g mentega
  • 100 g gula perang
  • 3 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 sudu makan whipping cream
  • 3 sudu makan serbuk coklat

Bahan D (Hiasan)

  • 250 g coklat masakan

Cara Memasak

  1. Sediakan loyang springform. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang.
  2. Gaulkan semua bahan A di dalam mangkuk. Tuangkan ke dalam loyang. Rata dan tekan padat.
  3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 150°C api bawah sahaja selama 10 minit.
  4. Pukul semua bahan B di dalam mangkuk yang bersih dan kering sehingga ringan dan halus.
  5. Campurkan krim keju, mentega, dan gula perang di dalam mangkuk lain. Pukul sehingga gebu.
  6. Masukkan kuning telur satu per satu dan esen vanila. Kacau rata.
  7. Masukkan whipping cream dan kacau rata.
  8. Masukkan serbuk coklat berselang-seli dengan bahan B yang sudah dipukul. Kacau rata.
  9. Masukkan ke dalam loyang biskut tadi dan letakkan di dalam loyang yang berisi air.
  10. Bakar pada suhu 150°C selama 60-70 minit.
  11. Apabila sudah masak, biarkan di dalam ketuhar sehingga sejuk.
  12. Cairkan coklat masakan di dalam periuk ataupun bekas secara double boiler.
  13. Keluarkan kek daripada ketuhar. Hiaskan kek dengan cairan coklat dan parutkan kepingan coklat masakan.