Resipi

Kek Coklat Keju Koktel

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 50 minit
Bahan-bahan

Bahan A (Diayak)

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh soda bikarbonat

Bahan B (Kacau rata)

  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan mentega cair
  • 2 cawan gula perang
  • 1 cawan air panas

Bahan C (Kacau Rata)

  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan D (Krim Keju)

  • 250 g krim keju
  • ½ cawan gula halus
  • 150 ml yogurt perisa buah
  • 1 tin buah koktel (asingkan air)

Bahan E (Larutan Agar-agar)

  • 100 ml air
  • 1 sudu makan serbuk agar-agar

Cara Memasak

Kek

  1. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang 10x 10 inci. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet). Ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk adunan.
  3. Di dalam mangkuk lain, kacau semua bahan B sehingga sebati. Masukkan ke dalam mangkuk adunan bahan A dan kacau sebati.
  4. Di dalam mangkuk lain, kacau telur dan esen vanila sehingga sebati. Masukkan ke dalam mangkuk adunan bahan A. Kacau rata.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja api bawah sahaja selama 45-50 minit.
  6. Sejukkan dan hiaskan dengan krim keju dan buahbuahan koktel.

Krim Keju

  1. Pukul krim keju dan gula halus sehingga gebu.
  2. Masukkan yogurt dan pukul lagi. Ketepikan.
  3. Masakkan air dan serbuk agar-agar sehingga mendidih. Biarkan suam.
  4. Masukkan ke dalam adunan krim keju dan kacau rata.
  5. Tuangkan di atas kek dan sapukan rata.
  6. Taburkan buah-buahan koktel dan sejukkan beberapa jam.