Resipi ( 401 )

Kek Cawan Oren

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 150 g mentega
  • 120 g gula kastor
  • 3 biji telur
  • 1 sudu makan pes oren
  • 160 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan jus oren Sunquick
  • Acuan kertas secukupnya

Bahan B (Krim Aising)

  • 250 g mentega
  • 300 g gula aising
  • 1 sudu makan jus lemon

Cara Memasak

  1. Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu per satu dan pes oren.
  3. Masukkan tepung gandum dan baking powder sedikit demi sedikit berselang-seli dengan jus oren Sunquick.
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pamkan ke dalam acuan kertas yang sudah diletakkan di dalam loyang anggaran 3/4 penuh.
  5. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 25-30 minit ataupun sehingga kelihatan masak.
  6. Hiaskan dengan krim aising yang disukai.

Krim Aising

  1. Pukul semua bahan B sehingga ringan dan gebu.
  2. Masukkan krim ke dalam piping bag. Pamkan ke atas kek mengikut kreativiti