Resipi

Kek Buah Kukus

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 60 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan mentega

Bahan B

  • 2 cawan tepung superfine (diayak)
  • 1 sudu teh baking powder (diayak)
  • 1 sudu teh soda bikarbonat (diayak)
  • 1 cawan buah-buahan campuran

Bahan C

  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 5 sudu makan jus oren Sunquick

Cara Memasak

  1. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
  2. Didihkan air kukusan dengan api sederhana.
  3. Panaskan gula perang di dalam kuali non-stick sehingga cair. Masukkan air panas dan kacau sehingga larut dan mendidih. Padamkan api.
  4. Masukkan mentega. Kacau sehingga mentega larut dan sebati. Sejukkan.
  5. Masukkan semua bahan B di dalam mangkuk besar.
  6. Kacau rata telur, esen vanila, dan jus oren Sunquick di dalam mangkuk kecil.
  7. Masukkan bancuhan telur ke dalam mangkuk berisi tepung dan buah-buahan campuran. Kacau rata dengan senduk kayu.
  8. Masukkan air gula dan kacau rata sehingga sebati.
  9. Masukkan adunan ke dalam loyang. Tutup permukaan loyang dengan plastik nipis ataupun aluminium foil.
  10. Kukus selama dua jam.
  11. Sejukkan dan potong dengan pisau tajam bagi mendapatkan potongan kek yang cantik.