Resipi

Keema Kambing

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • ½ kg daging kambing
  • 3 sudu makan serbuk ketumbar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 labu bawang besar(Dipotong dadu)
  • 2 pokok daun ketumbar (Diracik)
  • 3 biji tomato
  • 2 biji kentang
  • 1 tin kecil kacang pis
  • 2 cawan santan
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong kecil daging kambing. Basuh kemudian tuskan.
  2. Perap daging dengan serbuk ketumbar seketika.
  3. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dihiris dan bawang besar besar sehingga wangi.
  4. Masukkan daging yang diperap dan daun ketumbar. Kemudian kacau rata.
  5. Masukkan tomato dan air. Masakkan sehingga daging lembut.
  6. Masukkan kentang, kacang pis, garam, dan santan. Masakkan sehingga kentang lembut dan kuah pekat.
  7. Sedia dihidangkan.