Resipi

Kebab Kambing

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • ½ kg daging kambing
  • 5 keping roti pita
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 biji cili hijau
  • 1 sudu teh lada hitam (Dikisar kasar)
  • 1 labu bawang besar(Dipotong dadu)
  • 2 tangkai daun sup (Diracik)
  • 3 helai daun salad
  • 2 biji tomato
  • ½ batang timun
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Sos cili secukupnya
  • Mayones secukupnya
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong kecil daging kambing.Basuh dan tuskan.
  2. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris halus sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging kambing, lada hitam, garam, dan air. Kacau rata.
  4. Masukkan sos cili, bawang besar dan daun sup. Masakkan sehingga lembut dan kuahnya kering. Masukkan ke dalam mangkuk.
  5. Gaulkan daging dengan hirisan daun salad, tomato, timun dan bawang besar
  6. Panaskan roti pita supaya nampak kembung. Potong dua.
  7. Masukkan sedikit campuran daging kambing ke dalam roti pita.
  8. Hidangkan dengan sos cili dan mayones.