Resipi

Kari Kerang dan Kentang

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 kg kerang (Direbus dan ambil isi)
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 4 tangkai daun kari
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu makan pati asam jawa
  • ½ cawan air
  • 3 biji ubi kentang (Dibelah 4)
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 biji tomato (Dibelah 4)
  • ½ cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dihiris dan daun kari sehingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari daging, cili kisar dan bancuhan air asam jawa. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan kentang, santan, kerisik, dan garam. Biarkan sehingga mendidih dan kentang empuk.
  4. Perlahankan api kemudian masukkan kerang dan tomato. Biarkan sehingga pecah minyak semula.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.