Resipi

Kari Ayam

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

​Bahan A

  • 1 ekor ayam (Dipotong kecil)
  • 3 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk cili (Dibancuh dengan ½ cawan jus asam jawa)
  • 4 biji ubi kentang (Dibelah 4)
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu makan kerisik
  • 3 biji tomato (Dibelah 4)
  • ½ cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Ditumis)

  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kari, jintan manis dan serbuk cili yang dibancuh dengan jus asam jawa. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, kentang, santan,kerisik, dan garam. Biarkan mendidih hingga ayam dan kentang empuk ataupun lembut.
  4. Perlahankan api dan masukkan tomato. Biarkan sehingga pecah minyak.
  5. Hidangkan bersama nasi, roti,pulut, ataupun ketupat.