Resipi

Kambing Masak Tomato

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 40 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • ½ kg daging kambing
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 2 labu bawang besar(Dipotong dadu)
  • ½ cawan sos tomato
  • 300 g tomato (Dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji cili merah
  • 1 cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong kecil daging kambing. Basuh dan tuskan.
  2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan halia dan bawang besar sehingga wangi.
  3. Masukkan daging kambing, sos tomato, tomato, air, dan garam.
  4. Masakan sehingga mendidih dan daging lembut serta air hampir kering.
  5. Masukkan bahan yang dihiris kasar kemudian kacau rata.
  6. Sedia dihidangkan.