Resipi

Kambing Masak Merah

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • ½ kg daging kambing
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 20 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 biji tomato
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 labu bawang besar (Dimayang)
  • 3 sudu makan minyak masak

Cara Memasak

  1. Basuh daging kemudian potong kecil. Perapkan daging dan serbuk jintan manis selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dikisar, kulit kayu manis, bunga lawang,dan daun kari sehingga wangi.
  3. Masukkan daging yang diperap kemudian kacau rata.
  4. Apabila daging sudah lembut, masukkan bawang besar dan biarkan sehingga pecah minyak.