Resipi

Kambing Masak Ketumbar

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • ½ kg daging kambing
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji kentang(Dipotong dadu besar)
  • 2 biji tomato (Dipotong dadu)
  • 1 pokok daun ketumbar(Dipotong pendek)
  • ½ cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong kecil daging kambing. Basuh dan tuskan.
  2. Gaulkan daging kambing dengan serbuk ketumbar. Biarkan seketika.
  3. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dikisar dan kulit kayu manis sehingga wangi.
  4. Masukkan daging yang diperap tadi. Kemudian kacau rata. Masakkan sehingga daging lembut.
  5. Masukkan kentang, tomato, daun ketumbar, dan air. Kacau rata dan masakkan sehingga kentang lembut dan kuah pekat.
  6. Sedia dihidangkan.