Resipi

Kambing Masak Hitam

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 40 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • ½ kg daging kambing(Dipotong nipis)
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 1 sudu makan serbuk kari daging
  • ½ cawan jus asam jawa
  • 4 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam (Sekiranya perlu)

Cara Memasak

  1. Potong nipis daging kambing. Basuh dan tuskan.
  2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dikisar, bunga lawang, kulit kayu manis, dan serbuk kari sehingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging, air, jus asam jawa, dan kicap pekat. Masakkan sehingga daging kambing lembut dan kering airnya.
  4. Masukkan kerisik dan kacau rata.
  5. Sedia dihidangkan.