Resipi

Kambing Lada Hitam

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • ½ kg daging kambing
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 sudu makan tepung jagung(Dibancuh dengan 1 cawan air)
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan lada hitam(Ditumbuk)
  • 1 biji tomato (Dipotong 4)
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 1 labu bawang besar
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
  • ½ cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Basuh daging kemudian potong kecil.
  2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dihiris halus sehingga layu.
  3. Masukkan daging dan air. Masakkan sehingga daging lembut.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung, garam, kicap pekat, dan lada hitam. Masakkan sehingga pekat.
  5. Masukkan tomato, cili merah, cili hijau, bawang besar, daun sup, dan daun bawang. Kacau seketika.