Resipi

Kambing Goreng Kunyit

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • ½ kg daging kambing
  • 5 biji cili api
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ cawan air
  • 1 batang serai (Diketuk)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji tomato (Dibelah 4)
  • 1 pokok daun bawang(Dipotong pendek)
  • 3 cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong nipis daging kambing.Basuh dan tuskan.
  2. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan yang dikisar dan serai. Masakkan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging kambing, serbuk kunyit dan air. Masakkan sehingga air rebusan kambing hampir kering.
  4. Masukkan bahan yang dihiris kasar, tomato, daun bawang, dan garam.
  5. Kacau rat`a dan hidangkan.