Resipi

Kambing Goreng Jintan

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • ½ kg daging kambing
  • 1½ inci halia
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan serbuk jintan manis(Dibancuh dengan 2 sudu makan air)
  • 1 sudu teh lada hitam (Ditumbuk dan dibancuh dengan sedikit air)
  • 3 biji cili hijau
  • 1 biji cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato (Dibelah 4)
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • 1 tangkai daup sup
  • 1 tangkai daun bawang
  • Air secukupnya
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong kecil daging kambing.Basuh dan tuskan.
  2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi.
  3. Masukkan jintan manis dan lada hitam yang dibancuh. Kacau rata.
  4. Masukkan daging, garam, dan air secukupnya bagi merebus daging sehingga lembut.
  5. Apabila daging sudah lembut dan air sudah kering, masukkan cili hijau, cili merah, bawang besar, dan tomato. Kemudian kacau rata.
  6. Masukkan jus limau nipis, daun sup, dan daun bawang.
  7. Sedia dihidangkan.