Resipi

Kambing Goreng Cili Api

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • ½ kg daging kambing
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 10 biji cili api
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji cili merah
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 biji tomato (Dibelah 4)
  • 1 cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong kecil daging kambing.Basuh dan tuskan.
  2. Gaulkan daging kambing dengan serbuk kunyit.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
  4. Masukkan cili api dan daging kambing. Kacau rata.
  5. Masukkan air dan garam. Masakkan sehingga daging lembut.
  6. Masukkan bawang besar, cili merah, daun bawang, dan tomato.
  7. Kacau rata dan hidangkan.