Resipi

Kambing Goreng Berempah

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • ½ kg daging kambing
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ cawan air
  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • 1 sudu makan serbuk kurma
  • 3 cawan air
  • ½ cawan jus asam jawa
  • 3 biji tomato (Dibelah 4)
  • 3 biji cili hijau (Dibelah 2)
  • 1 pokok daun ketumbar(Diracik kasar)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong kecil daging kambing. Basuh dan tuskan.
  2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dikisar, serbuk kari, dan serbuk kurma sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging kambing, jus asam jawa, dan garam. Kacau rata sehingga sebati.
  4. Masakkan sehingga pecah minyak dan pekat.
  5. Masukkan tomato, cili hijau, dan daun ketumbar. Kacau sebati.
  6. Sedia dihidangkan.