Resipi

Kambing Bakar Lada Hitam

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 4 keping daging kambing
  • 2 batang serai
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • ½ cawan sos lada hitam
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan minyak masak

Bahan B

  • Sos lada hitam
  • 4 biji tomato
  • 1 biji timun
  • Beberapa helai daun salad

Cara Memasak

  1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  2. Perapkan selama 4-5 jam.
  3. Masukkan ke dalam kuali non-stick dan masakkan sehingga daging kambing lembut.
  4. Hidangkan bersama bahan B.