Resipi

Ikan Sumbat Sambal Kantan

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan siakap (Dikelar)
  • 1 kuntum bunga kantan (Dibelah 2 dan hiris)
  • ½ cawan kelapa parut
  • 5 biji cili api
  • 3 biji cili merah
  • 5 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • ½ inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • ½ sudu teh belacan
  • 2 sudu makan jus limau kesturi
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang secukupnya
  • Aluminium foil secukupnya

Cara Memasak

  1. Gaul bahan yang dikisar bersama kelapa parut, jus limau, dan garam.Sapukan pada seluruh bahagian ikan.
  2. Masukkan sedikit bahan yang digaul ke dalam perut ikan.
  3. Letakkan separuh dari bahan yang digaul ke atas daun pisang yang dilapikkan dengan aluminium foil.
  4. Letakkan ikan di atas bahan tadi dan sapukan baki bahan itu.
  5. Bungkus dengan kemas dan bakar di di dalam kuali selama 10 minit setiap belah.