Resipi

Ikan Percik

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan bawal
  • 10 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 2 cawan santan pekat
  • ½ cawan air asam jawa
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh halba
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Basuh ikan kemudian tuskan. Kelar ikan pada kedua-dua bahagian.
  2. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit pada ikan.
  3. Masakkan semua bahan kecuali ikan sehingga pecah minyak dan pekat.
  4. Bakar ikan sambil sapukan kuah yang sudah pekat tadi.
  5. Hiaskan dengan salad ataupun timun. Hidangkan.