Resipi

Ikan Patin Masak Tempoyak

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan patin
  • 1 batang timun tua
  • 10 biji cili api
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 cawan air
  • 1 cawan tempoyak
  • 2 kuntum bunga kantan(Dibelah 2)
  • ½ sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Bersihkan ikan patin kemudian potong dua.
  2. Belah dua timun dan buangkan biji di dalamnya. Hiris kasar.
  3. Masukkan timun, bahan yang dikisar, air, tempoyak, bunga kantan, gula, dan garam ke dalam periuk. Kacau rata.
  4. Masakkan sehingga mendidih.
  5. Masukkan ikan dan biarkan sehingga mendidih lagi.
  6. Sedia dihidangkan.