Resipi

Ikan Patin Asam Tempoyak

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan patin (500 g)
  • 5 biji cili merah
  • 10 biji cili api
  • 1 inci kunyit
  • 2 helai daun kunyit (Dikoyak)
  • 5 sudu makan tempoyak
  • 2 cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Bersihkan ikan dan potong kecil. Kemudian tuskan.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  3. Masakkan sehingga mendidih.
  4. Hidangkan dengan sayur goreng dan nasi putih.