Resipi

Ikan Masin Tumis Asam

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 50 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g ikan masin talang(Dipotong kecil)
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 biji cili hijau
  • 2 biji cili merah
  • 2 kuntum bunga kantan(Dibelah 2 dan dihiris)
  • ½ cawan jus asam jawa
  • ½ cawan minyak masak
  • 1 sudu teh gula

Cara Memasak

  1. Rendam ikan masin selama 30 minit.Tuskan.
  2. Panaskan minyak masak dan gorengkan ikan masin sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Asingkan separuh minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan jus asam jawa dan gula. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan ikan masin dan bunga kantan. Gaul sebati.