Resipi

Ikan Masak Taucu

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan bawal
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ cawan taucu
  • ½ cawan air asam jawa
  • 1 batang timun kecil (Dipotong kecil)
  • 2 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1 labu bawang besar
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Cara Memasak

  1. Bersihkan ikan dan gaul dengan garam dan kunyit.
  2. Goreng sehingga garing kemudian ketepikan.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
  4. Masukkan taucu, air asam jawa, dan gula. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan timun, cili merah, cili hijau, dan bawang besar. Kacau rata.
  6. Biarkan pekat sedikit, kemudian tuangkan di atas ikan tadi.
  7. Hidangkan bersama nasi putih.