Resipi

Ikan Masak Lemak Cili Api

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 3 ekor ikan cermin
  • 15 biji cili api
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 cawan santan cair
  • 10 biji belimbing buluh
  • 3 batang serai (Diketuk)
  • 2 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Bersihkan ikan dengan asam limau dan bilas. Kemudian tuskan
  2. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan santan pekat.
  4. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
  5. Tutup api dan hidangkan.