Resipi

ikan keli goreng berlada

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 2 ekor ikan keli
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 5 biji cili merah
  • 10 biji cili api
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 sudu makan jus limau kesturi
  • 1 kuntum bunga kantan(Dibelah 2 dan dihiris halus)
  • 1 cawan minyak masak
  • ½ sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Bersihkan ikan keli kemudian kelar rapat-rapat. Gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak masak dan gorengkan sehingga agak garing. Ketepikan.
  3. Tinggalkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang dikisar kasar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan jus limau, bunga kantan, gula, dan garam. Kacau rata.
  5. Tuangkan ke atas ikan keli goreng tadi.