Resipi

Ikan Bakar Sambal Pudina

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 2 keping ikan tenggiri
  • 5 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 2 tangkai serai
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan pati asam jawa
  • 1 cawan air
  • 1 cawan daun pudina
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 3 biji limau kesturi (Dibelah 2)
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang secukupnya
  • Aluminium foil secukupnya

Cara Memasak

  1. Bersihkan ikan, kemudian kelar. Basuh dan tuskan.
  2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
  3. Masukkan pati asam jawa dan air. Masakkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan daun pudina dan garam. Masakkan sehingga pekat dan pecah minyak.
  5. Alaskan daun pisang di atas aluminium foil kemudian letakkan sambal.
  6. Letakkan ikan di atas sambal dan taburkan sambal lagi di atas ikan. Bungkus dengan kemas.
  7. Bakar ikan di atas kuali non-stick selama 15 minit.
  8. Hidangkan bersama limau.