Resipi

Gulai Telur Itik

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 4 biji telur itik
  • 2 biji cili merah
  • 10 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 cawan air
  • 1 kuntum bunga kantan(Dibelah 4)
  • 2 biji mangga muda (Dihiris kecil)
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang dikisar, dan bunga kantan ke dalam periuk.
  2. Masukkan santan dan mangga. Kacau hingga mendidih sekali lagi.
  3. Masukkan telur itik satu per satu. Masakkan sehingga telur itik keras.
  4. Kacau perlahan-lahan sehingga kuah pekat.
  5. Sedia dihidangkan.