Resipi

Gulai Kunyit Lengkuas

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan rambai
  • 10 biji cili api
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji bawang merah
  • 2 cawan santan pekat
  • 5 biji belimbing buluh
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. kerat dua dan bersihkan ikan dengan limau. Kemudian bilas dan tuskan.
  2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dikisar sehingga masak dan pecah minyak.
  3. Masukkan santan, belimbing buluh dan ikan. Biarkan mendidih.
  4. Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih dan ulaman.