Resipi

Gulai Kambing Tumis Darat

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

  • Bahan A
  • ½ kg daging kambing
  • ½ kg betik (Dipotong kecil)
  • 3 cawan air
  • 3 cawan santan pekat
  • 3 sudu makan serbuk kari
  • 1 labu bawang besar (Dihiris kasar)
  • Garam secukup rasa

Bahan B

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 tangkai daun kari(Diambil daunnya)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Cara Memasak

  1. Potong kecil daging kambing.Kemudian rebus sehingga lembut.
  2. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk.
  3. Masakkan sehingga mendidih dan pekat.
  4. Di dalam periuk lain, tumiskan bahan B sehingga wangi.
  5. Tuangkan bahan yang ditumis ke dalam periuk gulai kambing tadi.
  6. Tutupkan tudung periuk dan biarkan sebentar.
  7. Apabila mahu dihidangkan, kacau gulai perlahan-lahan supaya minyak dan bahan tumisan kelihatan cantik.