Resipi

Gulai Ikan Masin

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • Beberapa keping tulang dan isi ikan talang masin
  • 3 sudu makan rempah kari ikan
  • 3 cawan santan
  • ¼ biji nanas
  • ½ batang lobak merah
  • 1 biji terung bulat
  • 4 batang kacang panjang (Dipotong pendek)
  • 1 biji tomato (Dibelah 4)

Bahan B (Tumisan)

  • 2 tangkai daun kari
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh halba campur

Cara Memasak

  1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  2. Tumiskan bahan B di dalam kuali sehingga wangi.
  3. Tuangkan bahan yang sudah ditumis ke dalam periuk gulai ikan tadi.
  4. Tutupkan periuk dan biarkan sebentar.
  5. Apabila hendak dihidangkan, kacau perlahan gulai supaya minyak dan bahan tumis kelihatan seperti pecah minyak.