Resipi

Daging Prun

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 600 g daging
  • ½ cawan buah prun
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 4 sudu makan kicap pekat
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 4 sudu makan minyak
  • ½ cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Bersihkan daging kemudian potong daging kecil dan nipis.
  2. Buangkan biji prun kemudian kisar sehingga halus.
  3. Gaul daging dengan sos tomato, rempah kari, cili kisar, dan kicap pekat.
  4. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  5. Masukkan daging, air dan kacau rata. Biarkan masak sehingga daging lembut.
  6. Masukkan buah prun dan garam. Biarkan sehingga kuah pekat.