Resipi

Daging Pataya

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g daging
  • 3 biji cili merah
  • 10 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato (Dipotong dadu)
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 batang serai (Diketuk)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris nipis)
  • Daun ketumbar (Dipotong pendek)
  • 1 biji limau nipis (Diambil jusnya)
  • 2 sudu makan minyak masak

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan daging, tomato, daun limau purut, serai dan bawang besar. Kacau rata dan tutup api.
  3. Masukkan jus limau nipis kemudian taburkan daun ketumbar dan cili merah.
  4. Sedia dihidangkan.