Resipi

Daging Masam Manis

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g daging
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 5 sudu makan sos cili
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan minyak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong daging kecil dan nipis. Basuh dan tuskan.
  2. Perapkan daging dengan sedikit garam dan serbuk kunyit sebentar.
  3. Panaskan minyak dan masukkan daging. Goreng sehingga lembut.
  4. Masukkan sos tomato dan sos cili.
  5. Masukkan pula bahan yang dihiris. Kacau dan gaul sebati.
  6. Angkat dan hidangkan.