Resipi

Daging Lada Hitam

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 500 g daging lembu
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan lada hitam (Ditumbuk)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Bahan B

  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 1 biji tomato (Dibelah 6)

Cara Memasak

  1. Bersihkan daging kemudian tuskan. Potong daging kecil dan nipis.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi dan layu.
  3. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
  4. Masukkan air bancuhan tepung jagung, kicap pekat dan lada hitam. Kacau rata.
  5. Masukkan pula daun bawang,daun sup, tomato, cili hijau dan cili merah. Kacau rata.
  6. Angkat dan hidangkan.