Resipi

Daging Goreng Pudina

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 300 g daging lembu
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 sudu makan serbuk kurma
  • 1 cawan air
  • 6 tangkai daun pudina
  • 4 biji tomato (Dicencang)
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1 labu bawang besar
  • 3 sudu makan minyak makan
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong daging kecil dan nipis.
  2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dihiris dan buah pelaga sehingga wangi.
  3. Masukkan serbuk kurma dan sedikit air. Masakkan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging, air, daun pudina, tomato, dan garam. Masakkan sehingga daging lembut dan pekat.
  5. Masukkan cili merah, cili hijau dan bawang besar. Kacau rata dan hidangkan.