Resipi

Daging Bakar

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g daging
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh sos lada hitam
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong daging lebar dan nipis. Basuh dan tuskan. Ketukkan daging supaya bahan perap mudah meresap apabila digaulkan
  2. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1 jam. (Lebih lama lebih berperisa
  3. Bakar daging dengan pemanggang sehingga nampak garing.
  4. Hidangkan bersama air asam ataupun sos lada hitam dan sayuran.