Resipi ( 401 )

Char Kuetiau

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 paket kuetiau
  • 4 ulas bawang putih (Diketuk)
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 4 sudu makan kicap pekat
  • 300 g udang
  • 2 sudu makan sos tomato
  • ½ cawan air
  • 1 ataupun 2 biji telur
  • 1 biji tomato (Dipotong kecil)
  • 1 keping tauhu basah (Digoreng dan dipotong kecil)
  • 1 cawan tauge
  • 1 ikat daun kucai (Dipotong 1 inci)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam sekiranya perlu

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan kicap pekat.
  3. Masukkan udang, sos tomato, dan air. Kemudian kacau rata.
  4. Pecahkan telur dan biarkan keras sebentar. Kacau sebati.
  5. Masukkan kuetiau, tomato, tauhu, tauge, garam, dan daun kucai. Kacau rata dan tutup api.
  6. Hidangkan bersama cili jeruk.