Resipi ( 401 )

Cencaru Belah Belakang

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 2 ekor ikan cencaru
  • 2 batang serai
  • 4 biji bawang merah
  • 6 biji cili merah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya
  • 5 biji limau kesturi (Dibelah 2 dan dibuang biji)

Cara Memasak

  1. Belah ikan di bahagian belakang kemudian cuci sehingga bersih.
  2. Gaul bahan yang dikisar, gula dan garam sehingga sebati. Kemudian masukkan di belakang ikan cencaru.
  3. Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing.
  4. Terbalikkan ikan supaya kedua-dua belah ikan garing.
  5. Apabila sudah masak, angkat dan letakkan di atas pinggan.
  6. Hiaskan dengan salad dan limau kesturi. Limau kesturi boleh diperah semasa makan bagi menambahkan perisa sambal dalam ikan.