Resipi

Brownies

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 50 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 2 cawan gula perang
  • 1 cawan mentega cair
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air panas

Bahan B (Kacau rata)

  • 2 biji telur (gred B)
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan C (Diayak)

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 150 g badam cencang halus (dipanggang)

Bahan D (Krim coklat)

  • 250 g coklat masakan (dipotong kecil)
  • 1 sudu makan marjerin
  • 2 sudu makan whipping cream

Cara Memasak

Brownies

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 175°C selama 10 minit.
  2. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang 10 x 10 inci. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet). Ketepikan.
  3. Kacau semua bahan A supaya sebati.
  4. Masukkan semua bahan B. Kacau rata.
  5. Masukkan semua bahan C dan gaulkan supaya sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang.
  7. Bakar selama 45-50 minit.
  8. Sejukkan kek dan salutkan dengan krim coklat.

Krim Coklat

  1. Panaskan coklat masakan di dalam periuk ataupun bekas tahan panas secara double boiler.
  2. Apabila coklat sudah cair, tutup api dan campurkan marjerin. Kacau sebati.
  3. Masukkan whipping cream dan kacau lagi.
  4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan