Resipi

Biskut Semperit Susu

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 250 g mentega
  • ½ tin susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 100 g tepung ubi (diayak)
  • 400 g tepung jagung (diayak)
  • Chocolate rice atau coklat cip secukupnya

Cara Memasak

  1. Sapu mentega di atas dulang pembakar dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega, susu pekat manis, dan esen vanila sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung ubi dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Gaul rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam acuan dahlia pecah 15 dan pamkan di atas dulang pembakar. Taburkan sedikit chocolate rice di tengah-tengah biskut.
  5. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 150°C dengan api bawah sahaja selama 15-20 minit.
  6. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.