Resipi

Biskut Sarang Semut

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 25 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 250 g mentega
  • 100 g gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 300 g tepung gandum (diayak)
  • 100 g tepung jagung (diayak)
  • 50 g tepung kastard (diayak)

Bahan B

  • Sedikit chocolate rice
  • Sedikit gula-gula manik
  • warna-warni
  • Acuan kertas kecil secukupnya

Cara Memasak

  1. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Gaul rata.
  3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, dan tepung kastard sedikit demi sedikit. Gaul rata.
  4. Tekan adunan ke dalam acuan berlubang kecil di atas mangkuk kecil dan sudukan ke dalam acuan kertas.
  5. Taburkan chocolate rice dan gula-gula manik warnawarni.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180°C api atas dan bawah sehingga masak (anggaran 20-25 minit).
  7. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.