Resipi

Biskut Puteri Hijau (Green Princess)

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 25 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 150 g mentega
  • 110 g minyak sapi
  • 90 g gula kastor
  • 1 sudu teh pewarna hijau epal

Bahan B

  • 80 g serbuk badam
  • 30 g tepung jagung (diayak)
  • 320 g tepung gandum (diayak)

Bahan C

  • 50 g coklat masakan putih
  • 100 g gula-gula manik warna-warni

Cara Memasak

  1. Pukul semua bahan A sehingga sebati.
  2. Masukkan semua bahan B sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan semperit dan pamkan ke atas loyang pembakar. Potong pendek.
  4. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 175°C selama 20-25 minit ataupun sehingga biskut masak. Sejukkan.
  5. Cairkan coklat putih secara double boiler. Masukkan ke dalam piping bag.
  6. Paipkan ataupun lorekkan coklat putih di atas biskut. Taburkan gula-gula manik warna-warni.
  7. Simpan di dalam balang kedap udara.