Resipi

Biskut Permata Serbuk Roti

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • ½ cawan tepung ubi (diayak)
  • 1 cawan serbuk roti
  • 130 g mentega
  • 90 g gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan B

  • 100 g coklat masakan
  • 100 g ceri merah (dipotong kecil)

Cara Memasak

  1. Gaulkan tepung gandum, tepung ubi, dan serbuk roti supaya sama rata. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula kastor sehingga sebati.
  3. Masukkan telur dan esen vanila dan gaul lagi.
  4. Masukkan serbuk roti dan tepung yang sudah digaul rata tadi sedikit demi sedikit.
  5. Gaulkan sehingga menjadi doh lembut.
  6. Canaikan dan terap mengikut acuan kegemaran.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180°C api atas dan bawah selama 15-20 minit. Kemudian, sejukkan di atas dulang pembakar.
  8. Cairkan coklat masakan secara double boiler. Masukkan coklat ke dalam piping bag.
  9. Hiaskan cairan coklat, serbuk roti, dan ceri merah di atas biskut mengikut kreativiti.
  10. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.