Resipi

Biskut Koko Crunch

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 kg coklat compoun
  • 50 g cocoa butter
  • 150 g badam cencang panjang (dipanggang)
  • 200 g koko crunch mini
  • 150 g bubble rice (dipanggang)
  • 150 keping acuan kertas
  • 100 g gula-gula manik warna-warni (bahan hiasan)

Cara Memasak

  1. Cairkan coklat compoun secara double boiler.
  2. Angkat dan masukkan cocoa butter. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan badam cencang panjang, koko crunch, dan bubble rice ke dalam mangkuk besar dan gaul sehingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam acuan kertas dan taburkan gula-gula manik warna-warni.
  5. Biarkan sejuk dan beku.
  6. Simpan di dalam bekas kedap udara.