Resipi

Biskut Cornflake Madu Coklat Cip

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

​Bahan A

  • 100 g mentega
  • 50 g gula kastor
  • 8 sudu makan madu

Bahan B

  • 200 g cornflake mini
  • 100 g coklat cip
  • 100 g badam cencang kecil (dipanggang)

Bahan C

  • Acuan kertas kecil secukupnya
  • 100 g manik warna-warni

Cara Memasak

  1. Panaskan semua bahan A sehingga mentega cair dalam anggaran 5 minit. Tutup api. Masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan semua bahan B. Gaul rata.
  3. Sudukan ke dalam acuan kertas kecil.
  4. Hiaskan dengan manik warna-warni.
  5. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api atas dan bawah selama 8-10 minit.
  6. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.