Resipi

Biskut Buah-Buahan

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 25 minit
Bahan-bahan

​Bahan A

  • 120 g mentega
  • 100 g gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan B

  • 100 g tepung gandum (diayak)
  • 140 g tepung naik sendiri (diayak)
  • 120 g buah-buahan campur

Cara Memasak

  1. Pukul semua bahan A sehingga ringan dan sebati.
  2. Gaul semua bahan B di dalam bekas lain.
  3. Masukkan bahan B ke dalam adunan bahan A. Gaul rata.
  4. Sudukan adunan ke atas loyang.
  5. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180°C api atas dan bawah selama 20-25 minit ataupun sehingga masak.