Resipi

Biskut Bebola Kristal

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 25 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 250 g tepung gandum (diayak)
  • 125 g gula halus
  • 125 g minyak sapi

Bahan B

  • Pewarna merah, kuning, dan hijau
  • Acuan kertas
  • Gula halus secukupnya

Cara Memasak

  1. Gaulkan semua bahan A sehingga sebati.
  2. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Masukkan pewarna merah, kuning, dan hijau dalam setiap satu bahagian adunan.
  3. Bentukkan setiap adunan warna seperti bebola kecil. Cantumkan ketiga-tiga adunan warna seperti bebola besar sedikit.
  4. Susun di atas loyang dan bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180°C api atas dan bawah selama 20-25 minit ataupun sehingga masak.
  5. Apabila sudah sejuk, gaulkan ke dalam gula halus. Kemudian, masukkan ke dalam acuan kertas.
  6. Simpan di dalam balang kedap udara.