Resipi

Biskut Bebola Kacang Hazel (Hazelnut Ball)

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

​Bahan A

  • 200 g mentega
  • 50 g shortening
  • 160 g gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150 g kacang hazel kisar
  • 260 g tepung gandum (diayak)
  • 100 g tepung jagung (diayak)

Bahan B

  • 500 g coklat putih
  • 50 g cocoa butter
  • 100 g coklat masakan
  • 100 g gula-gula manik warna merah
  • 100 helai acuan kertas

Cara Memasak

  1. Pukul mentega, shortening, dan gula kastor sehingga lembut dan sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila, kemudian gaulkan lagi.
  3. Masukkan kacang hazel, tepung gandum, dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Gaul rata.
  4. Buatkan bentuk bebola kecil dan susun di atas dulang pembakar.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C selama 10 minit.
  6. Bakar api atas dan bawah selama 20 minit ataupun sehingga masak. Sejukkan di atas dulang pembakar.
  7. Cairkan coklat putih secara double boiler dan campurkan dengan cocoa butter. Kacau rata.
  8. Masukkan biskut ke dalam acuan kertas.
  9. Sudukan coklat putih yang dicairkan ke dalam acuan yang berisi biskut tadi.
  10. Cairkan coklat masakan secara double boiler dan masukkan ke dalam piping bag. Lorekkan ke atas biskut dan hiaslah dengan gula-gula manik warna merah.
  11. Biarkan biskut sejuk dan masukkan ke dalam bekas kedap udara.